KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA(OKU):
Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran mereka, sekali gus menerima nasib seperti pungguk rindukan bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal
No comments:
Post a Comment