Monday 22 February 2016



Dari segi SukanMajlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan. contoh sukan yang disediakan kepada golongan kurang upaya.


 ,
                                         

S. Balasingam dari Kuala Lumpur (kanan) dan Azmi Lamin dari Negeri Sembilan melihat kedudukan bola ketika beraksi dalam acara Lawn Ball lelaki penentuan pingat gangsa di Sukan Paralimpiad Malaysia ke-15 di Arena Lawn Ball Stadium Hang Jebat di Melaka, baru-baru ini. Azmi menewaskan Balasingam 20-4 sekali gus berjaya merangkul pingat gangsa. Paralimpiad ke-15 berlangsung dari 21-26 November yang menyaksikan 16 acara sukan dipertandingkan dan sebanyak 571 pingat emas menjadi rebutan 15 kontinjen negeri yang bertanding. - Foto BERNAMA

                                                                

Pemain Negeri Sembilan, Abu Samah Borhan cuba memukul bola dalam acara tenis berkerusi roda Paralimpiad Ke-15 di Melaka pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Tenis Hang Tuah Jaya di MITC, Ayer Keroh, baru-baru ini.

                                                 
Azizah Taib dari Kuala Lumpur ketika beraksi dalam acara Lontar Peluru Wanita di Sukan Paralimpiad Malaysia ke-15 di Stadium Hang Jebat, Melaka, baru-baru ini.


Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan

Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.


(kiri) bersama anaknya Norila Nasaruddin menunjukkan Anugerah Ibu Bapa Mithali yang diterimanya pada Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat ...



Kemudahan PendidikanKementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

Kemudahan Akses di Bangunan AwamSatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Kemudahan Dan Galakan Pelepasan CukaiKerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;
Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

Kemudahan Pengangkutan AwamJabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Pengecualian Bayaran Rawatan PerubatanOrang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Pengecualian Bayaran Dokumen PerjalananJabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan Peluang PekerjaanKomitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.
Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )

Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal NasionalKerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
Kad Pengenalan;
Lesen Memandu yang sah;
Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
Lesen memandu - pihak kedua;
Kad Pengenalan - pihak kedua;
Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
Kad Pengenalan;
Kad Pengenalan OKU;
Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.

Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang UpayaKerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

Pencen TerbitanKerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

Kemudahan Mendapat Latihan dan PemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

Kemudahan Geran PelancaranJabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000  

RUJUKAN

Rujukan Kemudahan OKU

Kemudahan Fizikal, Buta dan Pekak

1. Kemudahan dan keistimewaan kepada OKU yang berdaftar1Pengecualian cukai jalan untuk OKU fizikal, kereta, van, motosikal buatan tempatan sahaja2Kemudahan pengangkutan awam…

Kemudahan dan keistimewaan kepada oku yang berdaftar

Ini adalah contoh spesifikasi kerja yang telah saya buat bagi memenuhi kehendak pembinaan kemudahan OKU di sekolah saya, SMK Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

SPESIFIKASI KERJA UNTUK PEMBINAAN KEMUDAHAN OKU DI SEKOLAH


KESIMPULANYA


Intihannya negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang memerlukan sumbangan dan komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara dalam menjayakan impian berkenaan. Kita hendaklah percaya golongan OKU juga ada peranan dan mampu memberi sumbangan bermakna andai diberi peluang dan ruang sewajarnya. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan terus tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti.  




No comments:

Post a Comment